MAKLUMAT SEKOLAH

LENCANA SK BILIT



MISI S.K.BILIT

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan cemerlang.

VISI S.K.BILIT

Menjadi sekolah cemerlang menjelang 2016

LAGU S.K.BILIT

Di tepi sungai lembah yang menghijau
Gemerlapan permata di desa
Ilmu ditimba harapan dijangkau
Demimu negaraku Malaysia

SK. Bilit sekolah yang tercinta
Mendidik kami dengan jayanya
Budi dan jasamu tersemat dijiwa
Tetap kukenang selamanya

Cemerlang motto sekolah kami
Berdaya saing berhemah tinggi
Berilmu beramal mencurahkan bakti
Demimu untuk pertiwi

SK. Bilit sekolah yang tercinta
Menjunjung wawasan negara
Keranamu mencurahkan bakti dan jasa
Kami jadi insan sempurna

Lagu: JIKOH UNGGUN
Lirik: JIKOH UNGGUN


3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN BILIT
    Sekolah Kebangsaan Bilit atau nama ringkasnya SK Bilit, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 22 Kota Kinabatangan.

    Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bilit mempunyai 16 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 41 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.

    Sekarang 2015 Sk bilit mempunyai seramai 57 orang murid dari tahun 1 hinnga 6 dan seramai 17 orang murid pra sekolah. Guru pula seramai 12 orang termasuk Guru Besar.

    SEJARAH

    Guru Besar SK Bilit: - Baharun bin Adon (... - 1997) - Julai David Gipin (1998 - ...) Jikoh Unggun (......- 2011) Said Saidi ( 2012) Jumat Yusuman (2013 - hingga kini)

    PENCAPAIAN

    Pada tahun 2014 Sk Bilit telah pertama kalinya memperolehi murid 5A dalam UPSR 2014. Pada tahun ini juga sekolah telah di Anugerahkan New Deals daripada KPM .

    BalasPadam